Aisyah telah membuat beberapa keping flashcard ataupun disebut sebagai kad imbasan, dalam Bahasa Melayu, berkenaan dengan seekor amphibia yang dikenali sebagai katak.
Ya, apa yang ada dalam fikiran kawan-kawan sekarang? Oh, kawan-kawan tertanya-tanya apa itu amphibia ya?
Buat pengetahuan kawan-kawan semua, amphibia adalah satu spesies ataupun kumpulan haiwan yang boleh tinggal dalam dua alam iaitu di darat dan air. Ia adalah sejenis haiwan yang berdarah sejuk, yang bermaksud suhu badannya sama dengan suhu persekitaran. Contohnya adalah seperti buaya dan juga katak.
Kawan-kawan tahu, kitaran hidup katak sebenarnya bermula daripada sebutir telur. Katak betina dewasa akan bertelur di dalam air ataupun kawasan yang berair. Telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak dewasa bertelur sebanyak berpuluh-puluh malahan mencecah sehingga beratus-ratus biji telur. Ini adalah salah satu cara untuk katak memastikan kemandirian hidup spesisnya.
Telur katak dilindungi serta dikelilingi dengan struktur dinding lutsinar seperti agar-agar dan agak licin. Katak betina dewasa tidak akan menjaga telur-telurnya selepas ia bertelur. Telur-telur itu akan berkembang tetapi hanya sedikit sahaja yang akan berjaya menetas menjadi katak dewasa. Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan, dan serangga akan memakan sebahagian telur tersebut
Setelah beberapa waktu, telur tersebut kemudiannya akan menetas dan menjadi seekor berudu. Iya, berudu! Berudu ini hidup di dalam air, bernafas melalui insang dan mempunyai ekor yang panjang. Ia makan tumbuhan yang dipanggil alga.
Selepas beberapa minggu, berudu mula berubah. Kaki belakangnya mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mulai mengecil. Paru-paru mula berkembang untuk membolehkan katak hidup di darat. Pada peringkat ini berudu akan mula berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuhan dan haiwan yang reput.
Lama-kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Kulitnya akan tertanggal. Mulutnya mula melebar dan rahangnya mula hilang. Ekornya semakin kecil dan kaki membesar. Paru-paru sudah semakin menjalankan fungsinya. Akhirnya, selepas beberapa ketika, ia telah berkembang menjadi seekor katak yang lengkap, di mana menggunakan paru-paru untuk bernafas, mempunyai kaki yang sempurna tanpa ekor. Ia mula keluar daripada air. Katak akan lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses kitaran hidup ini akan berulang kembali.
Di bawah ini disertakan video mengenai kitaran hidup seekor katak :
Beberapa keping flashcards yang telah Aisyah siapkan sendiri untuk tugasan kali ini adalah seperti berikut :
1. Question
1. Answer
2. Question
2. Answer
3. Question
3. Answer
4. Question
4. Answer
5. Question
5. Answer
Untuk menyediakan flashcards ini, seorang guru itu perlu menggunakan ayat yang ringkas, mudah difahami dan terus terarah kepada pokok persoalan dan jawapan sebenar tanpa perlu meleret-leret. Apabila flashcards ditunjukkan kepada murid, guru tidak perlu menunjukkan jawapannya. Cukup sekadar menunjukkan soalan agar murid dapat menggunakan mindanya secara kritis untuk mencari jawapan sebelum guru memberikan jawapan yang betul. Flashcards juga perlulah menarik agar dapat mencuri tumpuan kanak-kanak, mempunyai tempat pemegang, dan dibuat daripada bahan yang tahan lama.
No comments:
Post a Comment