Tuesday 27 December 2011

MAGIK!!!! Belon, cuka dan soda ;D

Pada 24 Disember 2011 yang baru sahaja berlalu beberapa hari lepas, saya telah membuat satu persembahan micro teaching di dalam kelas Awal Sains, berkaitan eksperimen pengembangan belon tanpa perlu ditiup menggunakan campuran cuka dan soda. Tajuk eksperimen ini adalah Campuran Bahan Menghasilkan Udara - Karbon Dioksida.


Standard Pembelajaran yang saya pilih adalah ST 3.2.2 iaitu menggunakan deria dalam penerokaan alam persekitaran secara terbuka. Kesatuan tunjang pilihan saya adalah BM 2.1.7 iaitu menamakan objek di persekitaran. 


Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  1. Beberapa keping belon (perlu dipastikan agar tidak berlubang/bocor)
  2. Tepung soda bikarbonat
  3. Botol air kosong dengan muncung yang kecil
  4. Cuka
  5. Corong air untuk memasukkan cuka ke dalam botol






Sewaktu aktiviti mula dijalankan, tanyakan kepada kanak-kanak, seorang ataupun dua, siapa yang mahu membantu cikgu, (waktu presentation ini saya mendapat pertolongan daripada seorang rakan, Huda, terima kasih Huda :D), tujuan memanggil kanak-kanak ini agar mereka dapat melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti pembelajaran yang dirancang. Setiap hari, gilir-gilirkan kanak-kanak untuk membantu agar sikap yakin diri mereka dapat dibentuk dan dikukuhkan.

Selepas kanak-kanak (Huda) sudah tampil ke hadapan, beri mereka sentuh tepung soda dan menghidu bau cuka, serta tanyakan mereka beberapa soalan seperti, "apa rasa tepung ini?" "apa bau cuka ini?" Dalam eksperimen ini, saya banyak menekankan aspek deria

Sesudah itu, saya memegang botol plastik dan kanak-kanak diminta memasukkan sendiri corong air ke dalam botol bagi memudahkan kanak-kanak tersebut menuangkan cuka sehingga memenuhi 1/4 botol. 

Setelah itu, saya membuka permukaan mulut belon dan kanak-kanak diminta memasukkan tepung soda bikarbonat ke dalam belon sehingga memenuhi 1/4 belon. Kanak-kanak kemudiannya diminta memasukkan mulut belon ke muncung botol.

Kanak-kanak diminta untuk memegang sendiri botol air dan mengoyang-goyangkannya perlahan-lahan agar soda bikarbonat yang terdapat di dalam belon jatuh ke dalam cuka. Kanak-kanak diminta melihat apa yang terjadi selepas itu.

Pada masa ini kanak-kanak akan berasa teruja bercampur takut untuk melihat hasilnya, kerana mereka merasakan belon tersebut akan meletup. 

Setelah soda bikarbonat bercampur dengan cuka, ia akan menghasilkan satu tindak balas kimia dan menghasilkan gas karbon dioksida menyebabkan belon mengembang sendiri tanpa perlu ditiup oleh manusia. Kanak-kanak akan menjerit keriangan apabila eksperimen ini berhasil dan mereka akan meminta untuk mencubanya sendiri.

Apabila belon cukup kembang, saya meminta kanak-kanak (Huda) untuk melukis bentuk muka ataupun apa sahaja bentuk mengikut kreativiti mereka. Kemudian belon ditanggalkan daripada muncung mulut botol, diikat dan kanak-kanak bolehlah bermain sambil menyanyikan lagu yang dipasang oleh saya selaku guru.

Beberapa kumpulan kecil kemudiannya akan dibentuk dan mereka perlu melakukan eksperimen ini dengan bimbingan guru.

Guru boleh memberi contoh yang dapat dikaitkan melalui kehidupan sebenar untuk mengukuhkan kefahaman kanak-kanak tentang eksperimen ini  seperti bertanya "adakah murid pernah melihat ibu membakar, ataupun mengukus kuih dan kek di dapur?" "apa yang dapat dilihat sebelum ibu membakar kek?"

 Kanak-kanak akan memberi pelbagai jawapan seperti kek lembik, dan sebagainya. Tanyakan lagi, "apa yang terjadi apabila selesai kek dibakar?" Kanak-kanak akan menjawab kek kembang, kek naik dan sebagainya. Pada waktu itu kaitkan proses pengembangan kek tersebut dengan proses pengembangan belon yang dijalankan di dalam kelas. Kanak-kanak akan lebih memahaminya selepas itu.



Aktiviti eksperimen kecil seperti ini sememangnya akan menarik minat kanak-kanak untuk mencubanya dan merangsang minda mereka untuk berfikir serta menarik minat mereka untuk meneroka dunia awal sains dengan lebih mendalam.




Di bawah ini saya sertakan sekali Rancangan Pengajaran yang telah saya sediakan:





Objektif
: Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
1.      Menggunakan deria dalam penerokaan alam persekitaran secara terbuka
2.      Mengenalpasti bahan kimia yang boleh menghasilkan udara / gas karbon dioksida
3.      Mengenalpasti nama objek di persekitaran
Hasil pembelajaran
: 1. Menggalakkan murid untuk menggunakan deria semasa menjalankan aktiviti penerokaan alam sekitar secara terbuka
: 2. Membiasakan diri murid supaya menyebut perkataan baru berkaitan sains yang terdapat di persekitaran mereka





LANGKAH / MASA
AKTIVITI P&P
BBM / CATATAN
Langkah 1
(Set induksi)
3 minit

1.      Murid ditunjukkan belon (yang telah ditiup) sewaktu guru masuk ke dalam kelas
2.      Murid diterangkan berkaitan konsep udara di sekeliling kita
·         Penerangan tentang gas kardon dioksida
3.      Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan :
·         Adakah mereka tahu meniup belon supaya ia mengembang? – beri murid belon untuk ditiup
·         Bagaimana belon boleh mengembang?
·         Adakah murid tahu kita juga boleh menghasiklan gas yang sama dalam belon itu? – gas karbon dioksida
4.      Murid ditanyakan adakah mereka ingin melihat magik iaitu belon boleh mengembang tanpa ditiup?
·      Belon
Langkah 2
(Permulaan)
8 minit

1.      Murid ditunjukkan bahan yang telah disediakan di hadapan mereka
·         Soda bikarbonat
·         Cuka
·         Botol kosong
·         Belon
2.      Murid kemudiannya menamakan / menyebut semua bahan dengan bantuan tunjuk ajar dari guru
3.      Murid seterusnya ditunjukkan cara menghasilkan gas karbon dioksida menggunakan bahan-bahan tersebut  yang mana akan membuat belon mengembang tanpa ditiup
4.      Dalam masa yang sama, murid bersoal jawab dengan guru semasa sesi tunjuk cara dijalankan dalam konteks deria
·            Apa warna soda bikarbonat ini?
·            Apa bau cuka?
·            Bagaimana rasa (sentuh) soda bikarbonat? dll
5.      Murid diminta melihat setiap langkah eksperimen dengan teliti supaya tiada sebarang kemalangan besar berlaku
6.      Murid ditunjukkan perbezaan antara belon yang ditiup pada awal set induksi dengan belon yang terhasil dari campuran bahan tersebut
·         Soda bikarbonat
·         Cuka
·         Botol kosong
·         Belon
·         Belon yang telah ditiup (mulut)

Langkah 3
(Pengukuhan)
15 minit

1.      Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil
2.      Setiap kumpulan diberikan bahan yang sama seperti sesi tunjuk cara sebentar tadi
3.      Murid kemudiannya memulakan eksperimen menghasilkan gas karbon dioksida dengan bimbingan guru
4.      Semasa murid sedang menjalankan eksperimen, murid bersoal jawab dengan guru berkaitan cara, hasil, ramalan awal, ramalan akhir dan pemerhatian dalam eksperimen itu
5.      Wakil setiap kumpulan kemudiannya diberikan pen marker untuk melukis bentuk wajah di belon mengikut kreativiti mereka
·         Soda bikarbonat
·         Cuka
·         Botol kosong
·         Belon

Langkah 4
(Penutup)
 4 minit


1.      Murid duduk dalam kumpulan besar semula
2.      Murid bersoal jawab berkaitan model belon  seperti apa yang telah berlaku sebelum, semasa dan selepas eksperimen
3.      Murid ditanya apa yang mereka faham tentang udara di sekeliling mereka – gas karbon dioksida
4.      Murid diminta menceritakan cara / langkah eksperimen menghasikan udara dengan betul
5.      Akhir sekali, murid ditanyakan apakah perasaan mereka sewaktu itu
6.      Bersurai
·      Model belon eksperimen




Refleksi kendiri yang saya dapati adalah :

Kelebihan
·         Murid dapat mengalami sendiri bagaimana cara menghasilkan udara (gas karbon dioksida) selain dari sumber utama iaitu manusia / haiwan
·         Eksperimen ini juga  dapat membuktikan kepada kanak-kanak bahawa bahan yang dicampurkan dengan bahan lain akan menghasilkan satu tindak balas baru
·         Eksperimen yang menyeronokkan membantu proses pembelajaran


Kekurangan
Ø  Jika tidak diterangkan dengan jelas berkaitan konsep udara, eksperimen ini mungkin hanya eksperimen sia-sia
Ø  Kekurangan bahan akan mengganggu kelancaran eksperimen
Ø  Arahan guru yang tidak jelas mengakibatkan murid melakukan kesilapan semasa menjalankan eksperimen


Cadangan
v  Murid seharusnya mengetahui dan memahami istilah sains terlebih dahulu
v  Sediakan bahan lebih dari yang sepatutnya bagi mengelakkan gangguan / masalah teknikal lain
v  Pastikan setiap bahan yang digunakan adalah mesra alam

Saturday 24 December 2011

Rancangan Pengajaran Untuk Laporan Sains

 Rancangan mengajar

Kelas 
:
Tadika



Tarikh
:
31-Disember-2011



Masa 
:
20 minit



Bilangan Murid
:
15 Orang



Umur 
:
4-5  Tahun



Tema
:
Alam Sekitar



Tajuk
:
Bayang-bayang(Boleh Dilihat Tetapi Tidak Boleh Ditangkap)



Tunjang Utama
:
Sains dan Teknologi



Standard Kandungan              
:
(ST 5.1) meneroka fenomena alam yang biasa dijumpai seperti cuaca, pelangi dan bayang-bayang



Standard Pembelajaran          
:
(ST 5.1.1) menghasilkan bayang-bayang menggunakan pelbagai objek



Kesatuan Tunjang                  
:
(KTI 1.2.3) menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti



Objektif 
:
Di akhir sesi pembelajaran dan pengajaran, kanak-kanak dapat
1.    menghasilkan bayang-bayang dengan menggunakan pelbagai objek



Bahan
:
Kertas mahjong, pen marker, lampu suluh, alatan mewarna

MASA
LANGKAH
CATATAN (ABM)
3 minit
(set induksi)
1.    Kanak-kanak duduk dalam bulatan besar
2.    Kanak-kanak menjalankan aktiviti circle time
3.    Kanak-kanak ditanyakan beberapa soalan mudah berkaitan bayang-bayang seperti :
Ø  Adakah mereka pernah melihat bayang-bayang?
Ø  Bilakah bayang-bayang akan muncul?
Ø  Bolehkah kita memegang bayang-bayang?
4.    Kanak-kanak diterangkan terlebih dahulu berkaitan konsep asas bagaimana bayang-bayang terbentuk, iaitu, cahaya tidak boleh melalui objek yang legap, maka terhasillah bayang-bayang di belakang objek tersebut
5.    Kanak-kanak dan guru kemudiaannya menyanyikan lagu berkaitan bayang-bayang.

·         Lirik lagu bayang-bayang

Ada bayang (2x)
Ada bayang
Belakang kita
Warna hitam (2x)
Warna hitam
Takutnya
Kita bangun
Dia bangun
Kita duduk
Dia duduk
Kita jalan
Dia jalan
Kita lari
Dia ikut

8 minit
(langkah 1)
1.    Kanak-kanak duduk dalam bulatan besar dan lampu kemudiannya dipadamkan
2.    Kanak-kanak dibiarkan berada dalam keadaan gelap buat seketika dan perhatikan apa reaksi mereka.
3.    Lampu suluh di nyalakan dan disuluhkan kepada satu objek
4.    Kanak-kanak diminta untuk perhatikan bayang-bayang yang wujud di sebalik objek berkenaan
5.    Kanak-kanak kemudiannya diminta berada di belakang cahaya lampu suluh
6.    Letakkan satu objek (kereta mainan) dan halakan cahaya lampu suluh tepat ke arah objek berkenaan
7.    Kanak-kanak diminta perhatikan apakah imej bayang-bayang yang terhasil
Ø  Adakah bayang-bayang serupa dengan objek sebenar?
Ø  Adakah bayang-bayang sama saiz dengan objek sebenar?
8.    Ulang langkah 6 dengan menggunakan objek lain yang kanak-kanak minta

·         Lampu suluh
·         Kereta mainan
·         Objek lain sebagai bahan ujian
8 minit
(langkah 2)
1.    Kanak-kanak dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil
2.    Setiap kumpulan diberikan bahan untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan
3.    Kertas mahjong di tampalkan di dinding
4.    Dalam kumpulan, seorang kanak-kanak akan menghalakan lampu suluh ke kertas mahjong
5.    Seorang kanak-kanak lain pula akan membuat satu bentuk menggunakan tangan sendiri bagi menghasilkan bayang-bayang berupa haiwan
6.    Guru melakar bayang-bayang yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada mahjong menggunakan pen marker
7.    Langkan 5 di ulangi oleh ahli kumpulan masing-masing secara bergilir bagi merasai pengalaman bermain dengan bayang-bayang

·         kertas mahjong
·         sellotape
·         pen marker
·         lampu suluh
8 minit
(langkah 3)
1.    Setiap kumpulan diberikan alatan mewarna untuk menghias hasil lakaran bayang-bayang mereka yang terdapat pada kertas mahjong
2.    Setiap bayang-bayang hendaklah di labelkandengan betul
3.    Pamerkan hasil kreativiti di hadapan kelas

·         alatan mewarna / menghias
3 minit
(refleksi)
1.    Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru mengenai aktiviti yang telah dijalankan
2.    Kanak-kanak menyanyikan lagu bayang-bayang sekali lagi bersama-sama
3.    Kanak-kanak diminta mengemas dan menyimpan semula semua bahan yang telah digunakan di tempat yang betul.

·         Lirik lagu bayang-bayang


b.g