Monday 5 December 2011

Eksperimen Kacang Pintar

Kami telah diberikan tugasan berkenaan tumbuhan dan kami telah diminta untuk mempersembahkan hasil eksperimen pada sabtu lepas iaitu 3 Disember 2011. 

Bahan yang diperlukan adalah :

Botol kaca lutsinar berpenutup
•Biji benih kacang panjang/ kacang hijau - saya menggunakan kacang hijau
•Tuala kertas/ kapas - saya menggunakan kapas
•Air - untuk melembapkan kapas

Cara-caranya adalah seperti berikut :

1. Rendamkan kacang dalam air seketika
2. Lembapkan kapas dengan air dan letakkannya ke dalam balang kaca. Kapas perlu dipastikan agar sentiasa berada dalam keadaan lembap
3. Kemudian masukkan kacang ke dalam balang yang dilapisi kapas, susunkan dengan teratur
4. Selepas 3 hari, akar akan mula tumbuh ke bawah lapsa kapas dan pucuk menonjol keluar daripada kacang.
5. Apabila panjang akar mencapai kira-kira 3cm, botol perlu ditutup ketat-ketat dan diterbalikkan. Apabila dterbalikkan, ternyata kapas dan kacang tersebut tidak jatuh dan melekap kuat pada dasar botol kerana akar tersebut telah berpaut kukuh pada kapas tersebut.
Gambar eksperimen yang saya telah buat adalah seperti yang dilampirkan di bawah:















No comments:

Post a Comment

b.g