Hai kawan-kawan.. bertemu kembali kita di blog science kiddo !
okay, baru-baru ini aisyah dan rakan sekumpulan iaitu Wan Suhana (Peah) serta rakan sekuliah yang lain telah diminta untuk membuat lawatan ke mana-mana sahaja tempat pilihan kami, yang kami suka dan senang untuk pergi.
Tiada sebarang tempat yang ditetapkan oleh Puan Kamariah ataupun dikenali sebagai Puan Kay selaku pensyarah kami, tetapi tempat yang kami pilih "DIWAJIBKAN" mempunyai kesinambungan dengan pembelajaran sains yang telah ataupun bakal diajarkan kepada kanak-kanak di bilik darjah.
Kiranya macam lawatan untuk mengukuhkan lagi kefahaman kanak-kanak terhadap topik pembelajaran awal sains tersebut. Pada awalnya Aisyah dan Kak Peah mahu ke Petrosains Negara, tetapi memandangkan kepada jaraknya serta harganya, jadi Aisyah dan Kak Peah, akhirnya, telah memilih Pusat Sains Negara sebagai tempat untuk kami jejaki.. :)))
Jadi bertarikh 23 hb Oktober 2011, tepat pukul 1:44 pm, kami selamat sampai ke destinasi pilihan kami dengan menumpang kereta Margaret yang turut memilih Pusat Sains Negara sebagai tempat untuk kumpulannya lawati.
Mengapa kami memilih Pusat Sains Negara??
Ini kerana faktor jaraknya yang berdekatan dengan kolej, kesesuaiannya dengan topik pembelajaran kami serta harga tiketnya yang berpatutan, dan yang pasti, ia merupakan tempat yang dipersetujui oleh kebanyakan rakan sekuliah yang lain untuk dijadikan sebagai tempat lawatan kami kali ini.
Tanpa melengahkan waktu, di bawah ini Aisyah sertakan gambar-gambar sepanjang kami berada di sana..mari jamu mata ya semua ! :
tiket yang sangat murah dan berbaloi untuk dibeli..bawalah anak-anak anda ke sini |
pengembaraan bermula |
Kapal karam info |
Bila gendang dipukul, disk-disk kecil yang tergantung akan bergerak dan berbunyi |
kita perlu mengawal aliran udara untuk memastikan bola yang dimasukkan dapat menemui jalan keluar |
tutup lubang udara agar udara tidak keluar dan bola dapat bergerak |
time to say goodbye..sayonaraaa ~ waktu untuk pulang Bermacam-macam aktiviti dicuba oleh Aisyah dan Kak Peah..dalam banyak-banyak aktiviti yang dicuba, kami tertarik untuk memilih satu aktiviti yang dirasakan sesuai dan mempunyai kesinambungan dengan apa yang telah kami fikirkan sebelum ini Hehehehe.. kawan-kawan mesti teruja untuk mengetahui apakah aktiviti yang difikirkan oleh Aisyah dan Kak Peah kan? Baiklah, sebenarnya kami telah mengambil keputusan untuk memilih aktiviti berasaskan cahaya dan bayang-bayang. Cuba kawan-kawan fikirkan bagaimana bayang-bayang terbentuk? Ha, sebenarnya bayang boleh terbentuk apabila cahaya dihalang oleh satu objek legap. Dari situ nanti akan wujudlah fenomena bayang-bayang. Contoh yang sesuai adalah apabila bermain wayang kulit. Aisyah dan Kak Peah akan mengemaskini serta menambahbaik lagi rancangan pengajaran, di mana pastinya ia akan menyeronokkan kanak-kanak. ;D Kami akan membentangkan rancangan pengajaran ini beserta laporan lengkap yang diminta oleh Puan Kay pada tarikh yang telah ditetapkan oleh beliau. Berbalik kepada kaedah lawatan sambil belajar ini, pada pendapat Aisyah sebagai seorang individu yang bakal bergelar guru dan juga "masih" merupakan seorang pelajar, Aisyah rasakan kaedah ini adalah satu cara yang menarik dan sangat menggembirakan terutamanya bagi kanak-kanak. Mengapa Aisyah katakan begitu? Ini justeru kerana kanak-kanak akan berasa teruja apabila diberi peluang untuk meneroka di luar kawasan yang tidak pernah dijejakinya. Mereka akan terangsang untuk mempelajari benda-benda baru selain mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka, yang mana telah dipelajari oleh mereka sebelum ini di dalam bilik darjah. Kaedah lawatan ini juga dapat mengembangkan lagi proses sosialisasi kanak-kanak dengan dunia luar. Mereka akan lebih bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran dunia luar dan tidak hanya tertumpu pada keluarga, guru, dan juga rakan-rakan. Di samping itu, kaedah lawatan dan pembelajaran sains ini dapat membuka minda kanak-kanak, membuatkan mereka mengagumi setiap ciptaan Tuhan di muka bumi ini serta melatih mereka daripada awal untuk berfikir dengan lebih mendalam, mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dan tidak hanya bergantung kepada orang dewasa. Kanak-kanak ini juga sudah tersedia dari awal untuk menjaga, memelihara serta melindungi alam sekitar daripada terus mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat daripada tangan-tangan manusia itu sendiri. (".*) |
No comments:
Post a Comment