Standard Pembelajaran yang saya pilih adalah ST 3.2.2 iaitu menggunakan deria dalam penerokaan alam persekitaran secara terbuka. Kesatuan tunjang pilihan saya adalah BM 2.1.7 iaitu menamakan objek di persekitaran.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Beberapa keping belon (perlu dipastikan agar tidak berlubang/bocor)
- Tepung soda bikarbonat
- Botol air kosong dengan muncung yang kecil
- Cuka
- Corong air untuk memasukkan cuka ke dalam botol
Sewaktu aktiviti mula dijalankan, tanyakan kepada kanak-kanak, seorang ataupun dua, siapa yang mahu membantu cikgu, (waktu presentation ini saya mendapat pertolongan daripada seorang rakan, Huda, terima kasih Huda :D), tujuan memanggil kanak-kanak ini agar mereka dapat melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti pembelajaran yang dirancang. Setiap hari, gilir-gilirkan kanak-kanak untuk membantu agar sikap yakin diri mereka dapat dibentuk dan dikukuhkan.
Selepas kanak-kanak (Huda) sudah tampil ke hadapan, beri mereka sentuh tepung soda dan menghidu bau cuka, serta tanyakan mereka beberapa soalan seperti, "apa rasa tepung ini?" "apa bau cuka ini?" Dalam eksperimen ini, saya banyak menekankan aspek deria. 
Sesudah itu, saya memegang botol plastik dan kanak-kanak diminta memasukkan sendiri corong air ke dalam botol bagi memudahkan kanak-kanak tersebut menuangkan cuka sehingga memenuhi 1/4 botol. 
Setelah itu, saya membuka permukaan mulut belon dan kanak-kanak diminta memasukkan tepung soda bikarbonat ke dalam belon sehingga memenuhi 1/4 belon. Kanak-kanak kemudiannya diminta memasukkan mulut belon ke muncung botol.
Kanak-kanak diminta untuk memegang sendiri botol air dan mengoyang-goyangkannya perlahan-lahan agar soda bikarbonat yang terdapat di dalam belon jatuh ke dalam cuka. Kanak-kanak diminta melihat apa yang terjadi selepas itu.
Pada masa ini kanak-kanak akan berasa teruja bercampur takut untuk melihat hasilnya, kerana mereka merasakan belon tersebut akan meletup. 
Setelah soda bikarbonat bercampur dengan cuka, ia akan menghasilkan satu tindak balas kimia dan menghasilkan gas karbon dioksida menyebabkan belon mengembang sendiri tanpa perlu ditiup oleh manusia. Kanak-kanak akan menjerit keriangan apabila eksperimen ini berhasil dan mereka akan meminta untuk mencubanya sendiri.
Apabila belon cukup kembang, saya meminta kanak-kanak (Huda) untuk melukis bentuk muka ataupun apa sahaja bentuk mengikut kreativiti mereka. Kemudian belon ditanggalkan daripada muncung mulut botol, diikat dan kanak-kanak bolehlah bermain sambil menyanyikan lagu yang dipasang oleh saya selaku guru.
Beberapa kumpulan kecil kemudiannya akan dibentuk dan mereka perlu melakukan eksperimen ini dengan bimbingan guru.
Guru boleh memberi contoh yang dapat dikaitkan melalui kehidupan sebenar untuk mengukuhkan kefahaman kanak-kanak tentang eksperimen ini seperti bertanya "adakah murid pernah melihat ibu membakar, ataupun mengukus kuih dan kek di dapur?" "apa yang dapat dilihat sebelum ibu membakar kek?"
Kanak-kanak akan memberi pelbagai jawapan seperti kek lembik, dan sebagainya. Tanyakan lagi, "apa yang terjadi apabila selesai kek dibakar?" Kanak-kanak akan menjawab kek kembang, kek naik dan sebagainya. Pada waktu itu kaitkan proses pengembangan kek tersebut dengan proses pengembangan belon yang dijalankan di dalam kelas. Kanak-kanak akan lebih memahaminya selepas itu.
Guru boleh memberi contoh yang dapat dikaitkan melalui kehidupan sebenar untuk mengukuhkan kefahaman kanak-kanak tentang eksperimen ini seperti bertanya "adakah murid pernah melihat ibu membakar, ataupun mengukus kuih dan kek di dapur?" "apa yang dapat dilihat sebelum ibu membakar kek?"
Kanak-kanak akan memberi pelbagai jawapan seperti kek lembik, dan sebagainya. Tanyakan lagi, "apa yang terjadi apabila selesai kek dibakar?" Kanak-kanak akan menjawab kek kembang, kek naik dan sebagainya. Pada waktu itu kaitkan proses pengembangan kek tersebut dengan proses pengembangan belon yang dijalankan di dalam kelas. Kanak-kanak akan lebih memahaminya selepas itu.
Aktiviti eksperimen kecil seperti ini sememangnya akan menarik minat kanak-kanak untuk mencubanya dan merangsang minda mereka untuk berfikir serta menarik minat mereka untuk meneroka dunia awal sains dengan lebih mendalam.
Di bawah ini saya sertakan sekali Rancangan Pengajaran yang telah saya sediakan:
| Objektif  | : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran,   murid dapat  1.      Menggunakan deria dalam   penerokaan alam persekitaran secara terbuka 2.      Mengenalpasti bahan kimia   yang boleh menghasilkan udara / gas karbon dioksida 3.      Mengenalpasti nama objek   di persekitaran  | 
| Hasil pembelajaran  | : 1. Menggalakkan murid untuk   menggunakan deria semasa menjalankan aktiviti penerokaan alam sekitar secara   terbuka : 2. Membiasakan diri murid   supaya menyebut perkataan baru berkaitan sains yang terdapat di persekitaran   mereka | 
| LANGKAH / MASA | AKTIVITI P&P | BBM / CATATAN | 
| Langkah 1  (Set induksi) 3 minit | 1.      Murid ditunjukkan belon (yang telah ditiup)   sewaktu guru masuk ke dalam kelas 2.      Murid diterangkan berkaitan konsep udara di   sekeliling kita ·           Penerangan   tentang gas kardon dioksida 3.      Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan : ·           Adakah   mereka tahu meniup belon supaya ia mengembang? – beri murid belon untuk ditiup ·           Bagaimana   belon boleh mengembang? ·           Adakah   murid tahu kita juga boleh menghasiklan gas yang sama dalam belon itu? – gas karbon dioksida 4.      Murid ditanyakan adakah mereka ingin melihat   magik iaitu belon boleh mengembang tanpa ditiup? | ·        Belon    | 
| Langkah 2 (Permulaan) 8 minit  | 1.      Murid ditunjukkan bahan yang telah   disediakan di hadapan mereka ·           Soda   bikarbonat ·           Cuka ·           Botol   kosong ·           Belon 2.      Murid kemudiannya menamakan / menyebut semua   bahan dengan bantuan tunjuk ajar dari guru 3.      Murid seterusnya ditunjukkan cara   menghasilkan gas karbon dioksida menggunakan bahan-bahan tersebut  yang mana akan membuat belon mengembang   tanpa ditiup 4.      Dalam masa yang sama, murid bersoal jawab   dengan guru semasa sesi tunjuk cara dijalankan dalam konteks deria ·              Apa   warna soda bikarbonat ini? ·              Apa   bau cuka? ·              Bagaimana   rasa (sentuh) soda bikarbonat? dll 5.      Murid diminta melihat setiap langkah   eksperimen dengan teliti supaya tiada sebarang kemalangan besar berlaku 6.      Murid ditunjukkan perbezaan antara belon yang   ditiup pada awal set induksi dengan belon yang terhasil dari campuran bahan   tersebut | ·           Soda   bikarbonat ·           Cuka ·           Botol   kosong ·           Belon ·           Belon yang telah   ditiup (mulut) | 
| Langkah 3 (Pengukuhan) 15 minit | 1.      Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil 2.      Setiap kumpulan diberikan bahan yang sama   seperti sesi tunjuk cara sebentar tadi 3.      Murid kemudiannya memulakan eksperimen   menghasilkan gas karbon dioksida dengan bimbingan guru 4.      Semasa murid sedang menjalankan eksperimen,   murid bersoal jawab dengan guru berkaitan cara, hasil, ramalan awal, ramalan   akhir dan pemerhatian dalam eksperimen itu 5.      Wakil setiap kumpulan kemudiannya diberikan   pen marker untuk melukis bentuk   wajah di belon mengikut kreativiti mereka | ·           Soda   bikarbonat ·           Cuka ·           Botol   kosong ·           Belon | 
| Langkah 4 (Penutup)  4 minit | 1.      Murid duduk dalam kumpulan besar semula 2.      Murid bersoal jawab berkaitan model   belon  seperti apa yang telah berlaku   sebelum, semasa dan selepas eksperimen  3.      Murid ditanya apa yang mereka faham tentang   udara di sekeliling mereka – gas karbon dioksida 4.      Murid diminta menceritakan cara / langkah eksperimen   menghasikan udara dengan betul 5.      Akhir sekali, murid ditanyakan apakah   perasaan mereka sewaktu itu 6.      Bersurai  | ·      Model belon eksperimen | 
Refleksi kendiri yang saya dapati adalah :
| Kelebihan | ·           Murid dapat mengalami sendiri bagaimana cara   menghasilkan udara (gas karbon dioksida) selain dari sumber utama iaitu   manusia / haiwan ·           Eksperimen ini juga  dapat membuktikan kepada kanak-kanak bahawa   bahan yang dicampurkan dengan bahan lain akan menghasilkan satu tindak balas   baru ·           Eksperimen yang menyeronokkan membantu proses   pembelajaran | 
| Kekurangan | Ø    Jika tidak diterangkan dengan jelas berkaitan   konsep udara, eksperimen ini mungkin hanya eksperimen sia-sia Ø    Kekurangan bahan akan mengganggu kelancaran   eksperimen Ø    Arahan guru yang tidak jelas mengakibatkan murid   melakukan kesilapan semasa menjalankan eksperimen | 
| Cadangan    | v    Murid seharusnya mengetahui dan memahami istilah   sains terlebih dahulu v    Sediakan bahan lebih dari yang sepatutnya bagi   mengelakkan gangguan / masalah teknikal lain v    Pastikan setiap bahan yang digunakan adalah mesra   alam | 






