Sunday 20 November 2011

Mari Perbetulkan Bacaan Surah Al-Fatihah kita!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan

Sedikit selingan pengajaran Al-Quran :)) 
Pesanan : sila pausekan lagu di blog Aisyah ini sebelum mendengar pengajaran Ustaz Don ya.


Hari ini Aisyah mahu kongsikan sedikit ilmu yang Aisyah dapat daripada rancangan ustaz Don Daniyal.
Sebenarnya Aisyah memang suka sangat dengan rancangan beliau. Sebabnya cara Ustaz Don ini menyampaikan ilmu memang sangat..amat dan sungguhlah mudah sekali untuk difahami.

Aisyah paling suka belajar bab ini..pembacaan Al-Fatihah yang betul.

Rasanya tidak salahkan untuk Aisyah berkongsi pengetahuan ini bersama-sama kerana bacaan Al-Fatihah ini adalah sangat penting buat kita. 

Sebelum belajar..kita akan baca surah ini kan? Di dalam solat..surah ini adalah termasuk dalam syarat sah solat, jikalau salah cara kita membacanya maka tidak sahlah solat kita..

Macam mana kita baca selama ini?

Tidak mengapa..jangan khuatir

Mari kita pelajari cara yang betul okay :)





Sampai-sampaikanlah ilmu Allah itu walau hanya sepotong ayat. :)


Sekian sahaja untuk entri kali ini ya kawan-kawan. Jangan lupa betulkan bacaan anda. Salam * (".*)

Tuesday 15 November 2011

Tong Kitar Semula

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kawan-kawan.. (".*)


Haa..hari ini Aisyah tiba-tiba terfikir tentang tong kitar semula. Apakah tong kitar semula ini sama untuk setiap negara di seluruh dunia ini? Pernahkah kawan-kawan terfikir? Untuk mendapatkan kepastian, Aisyah mencari maklumat mengenai perkara ini, dan telah menjumpai sebuah blog yang juga memperkatakan berkenaan isu ini.. Aisyah kongsikan di sini sebagai maklumat kita bersama..mari kita teliti gambar-gambar di bawah okay :)


Valencia, Sepanyol

Australia

Berlin, Jerman

Lapangan terbang Changi, Singapura

Curitiba, Brazil


Tokyo, Jepun

London, UK

Medina, Ohio, US

Mesir

Perancis

Scotland

Sepanyol

Singapura

Thailand

Tibet, China

Toronto, Kanada

 Dan MALAYSIA!!!!


wahhh..bermacam-macam jenis rupanya tong kitar semula di seluruh dunia ini ya kawan-kawan? 

Tetapi sayangnya, jika kita tidak bersama-sama bersatu tenaga untuk menggunakan tong ini, memang tiada gunanya. Alam sekitar kita tetap berterusan mengalami pencemaran. Penat sahaja kerajaan mengadakan pelbagai jenis kempen untuk memelihara alam ini.

Kita meminjam alam ini untuk anak-anak pada masa akan datang. Tidak adil untuk kita membiarkan mereka hidup dalam dunia yang telah tercemar, tidak adil bagi mereka untuk kehilangan hak menghirup udara segar dan nyaman yang pernah kita rasai.

Fikir-fikir dan renung-renungkan.


Sekian sahaja untuk entri kali ini. (".*)

Friday 11 November 2011

KEMPEN KITAR SEMULA


Assalamualaikum dan selamat pagi.. !
Hai kawan-kawan..hari ini mari kita belajar mengenai KITAR SEMULA.

 
INI ADALAH LOGO BAGI KEMPEN KITAR SEMULA


Kawan-kawan nak tahu tak bila kempen ini dilancarkan?



  • Tarikh pelancaran

Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11 November setiap tahun.
Secara fakta dan sejarahnya, Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley dan dirasmikan oleh YB Menteri jabatan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).


  • Apa itu kitar semula ye kawan-kawan?

Kitar semula secara asasnya adalah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.  Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. 


Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. 


Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.




TAHUKAH ANDA?

Setiap hari kita menghasilkan 15,000 tan
sampah tetapi kita semakin kesempitan ruang untuk menampungnya!!!


  • Kenapa perlu kitar semula?(Tujuan/faedah)

- Kitar semula bagi persekitaran yang lebih sihat dan bersih


Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat  
mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

-Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung kepada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?

- Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

- Kitar semula untuk menjimatkan kos
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan kita kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

- Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain.

- Kitar semula untuk menjimatkan tenaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

- Kitar semula untuk menyelamatkan hutan
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia umpama paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.


  • Alam Sekitar

Kejadian alam dan tiap sesuatu yang berada di dalamnya adalah bukti kekuasaan Allah. Alam sekitar secara umumnya merangkumi:
  • benda hidup  (biotik)seperti haiwan, manusia dan tumbuhan.
  • benda bukan hidup (abiotik) - seperti cuaca, cahata, angin, tanah, lautan.
Alam ini dicipta dengan isi yang cukup baik untuk kelangsungan hidup yang lebih teratur. Ia memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan seharian kita.

Alam sekitar yang bersih, nyaman dan tidak tercemar memberikan kita satu keselesaan untuk hidup di dalam kehijauan serta kesegaran udaranya.

Antara kepentingan alam sekitar adalah sebagai sumber keperluan untuk manusia seperti membekalkan sistem pengudaraan yang baik, sebagai sumber minuman, tenaga, makanan mahupun alat perhubungan. Alam sekitar yang dijaga dengan baik di sesebuah tempat juga akan menjadi pusat tarikan untuk pelancong berkunjung ke sana.

Penjagaan alam sekitar yang sempurna bukan hanya tertumpu kepada kepentingan manusia semata-mata, malahan juga turut membantu binatang-binatang liar daripada mengalami kepupusan kerana kehilangan habitat akibat daripada kerakusan manusia.

Justeru itu, alam sekitar perlu dijaga serta dipelihara sebaik mungkin untuk kebaikan bersama. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang membuang sampah sesuka hati, membuang sisa industri, melakukan penebangan hutan secara berleluasa dan sebagainya lagi perlu dielakkan agar alam sekitar tidak terus tercemar.


  • Masalah Alam Sekitar- Bahan Buangan

  1. Membazirkan sumber asas bahan
  2. Memerlukan kos yang tinggi untuk melupuskannya
  3. Memerlukan tempat pelupusan yang luas


  • Fakta Mengenai Penggunaan Tong Kitar Semula





Penggunaan tong ini sangat membantu dalam usaha untuk mengitar semula bahan-bahan buangan dan ia adalah sesuatu yang sangat mudah untuk kita mengaplikasikan penggunaan tong ini dalam kehidupan seharian.


Marilah kita bersama-sama mencuba mengaplikasikan langkah-langkah penggunaan tong kitar semula ini dalam kehidupan seharian.

Masyarakat perlu sedar dan bersatu (sebelum terlambat) bagi menyelamatkan alam sekitar daripada menghadapi kemungkinan besar didiami oleh sampah sarap sehingga manusia kehilangan tempat untuk tinggal suatu hari nanti.
  • Bagaimana mahu memulakan??
    1. Anda boleh bermula dengan mengubah cara anda membuang sampah seharian. Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama, sebaliknya asingkan setiap sampah itu mengikut jenis yang telah ditetapkan, sama ada boleh dikitar semula atau tidak. 
    2. Amalan ini akan menjadi lebih mudah sekiranya anda melibatkan orang-orang yang berada di sekeliling anda. Apabila semua orang komited untuk melakukan proses kitar semula ini, pasti lama-kelamaan tidak akan berlaku lagi pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sampah yang tidak teratur.
    3. Sememangnya kebiasaan lama memang sukar untuk dikikis daripada diri. Tidak perlu memaksa dalam membuat sesuatu perubahan, tetapi lakukan secara perlahan-lahan dan tunjukkan kesungguhan melalui teladan, amalkannya sehingga ia menjadi sebati dalam kehidupan sehari-hari.



    • Nota kaki :

    Di sini saya sertakan sedikit info mengenai kempen kitar semula bateri telefon bimbit. Kalau sudah habis baca..silalah cari bateri-bateri lama yg diletak begitu sahaja merata-rata..entah ada diceruk-ceruk mana..dan kitar semula dengan cara  betul seperti yang telah diajarkan di bawah..okay? (".*)




     Sekian sahaja untuk entri kali ini. sehingga bertemu lagi. (".*)






b.g