Wednesday 26 October 2011

Laporan Sains - Lawatan ke Pusat Sains Negara


 Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera (".*)



Hai kawan-kawan.. bertemu kembali kita di blog science kiddo !

okay, baru-baru ini aisyah dan rakan sekumpulan iaitu Wan Suhana (Peah) serta rakan sekuliah yang lain telah diminta untuk membuat lawatan ke mana-mana sahaja tempat pilihan kami, yang kami suka dan senang untuk pergi.

Tiada sebarang tempat yang ditetapkan oleh Puan Kamariah ataupun dikenali sebagai Puan Kay selaku pensyarah kami, tetapi tempat yang kami pilih "DIWAJIBKAN" mempunyai kesinambungan dengan pembelajaran sains yang telah ataupun bakal diajarkan kepada kanak-kanak di bilik darjah.

Kiranya macam lawatan untuk mengukuhkan lagi kefahaman kanak-kanak terhadap topik pembelajaran awal sains tersebut. Pada awalnya Aisyah dan Kak Peah mahu ke Petrosains Negara, tetapi memandangkan kepada jaraknya serta harganya, jadi Aisyah dan Kak Peah, akhirnya, telah memilih Pusat Sains Negara sebagai tempat untuk kami jejaki.. :)))

Jadi bertarikh 23 hb Oktober 2011, tepat pukul 1:44 pm, kami selamat sampai ke destinasi pilihan kami dengan menumpang kereta Margaret yang turut memilih Pusat Sains Negara sebagai tempat untuk kumpulannya lawati.

Mengapa kami memilih Pusat Sains Negara??

Ini kerana faktor jaraknya yang berdekatan dengan kolej, kesesuaiannya dengan topik pembelajaran kami serta harga tiketnya yang berpatutan, dan yang pasti, ia merupakan tempat yang dipersetujui oleh kebanyakan rakan sekuliah yang lain untuk dijadikan sebagai tempat lawatan kami kali ini.

Tanpa melengahkan waktu, di bawah ini Aisyah sertakan gambar-gambar sepanjang kami berada di sana..mari jamu mata ya semua ! :





tiket  yang sangat murah dan berbaloi untuk dibeli..bawalah anak-anak anda ke sini




pengembaraan bermula





Kapal karam


info

                                   




Bila gendang dipukul, disk-disk  kecil yang tergantung akan bergerak dan berbunyi



kita perlu mengawal aliran udara untuk memastikan bola yang dimasukkan dapat menemui jalan keluar 

tutup lubang udara agar udara tidak keluar dan bola dapat bergerak


err..jangan berbual sgt ya..hehe..


seterusnya mencuba aktiviti bagaimana manusia bergerak di angkasa yg tiada graviti


mengangkat beban badan sendiri

melihat menerusi kanta cembung



kayuh basikal untuk salurkan tenaga bagi menyalakan mentol



letakkan apa sahaja contohnya badan dan tangan di ruang yang belakang.




kemudian lihat hasilnya di ruang hadapan,  bentuk tubuh akan kelihatan kerana rod-rod tersebut bergerak apabila ditekan dengan kuat






snap ! snap ! snap ! time~


dinasour - aisyah

dinasour - Kak Peah






batu berirama - Aisyah


batu berirama - Kak Peah


info








ikan air tawar




snap ! snap ! snap ! lagi dan lagi ~








time to say goodbye..sayonaraaa ~

 

waktu untuk pulang




Bermacam-macam aktiviti dicuba oleh Aisyah dan Kak Peah..dalam banyak-banyak aktiviti yang dicuba, kami tertarik untuk memilih satu aktiviti yang dirasakan sesuai dan mempunyai kesinambungan dengan apa yang telah kami fikirkan sebelum ini


Hehehehe.. kawan-kawan mesti teruja untuk mengetahui apakah aktiviti yang difikirkan oleh Aisyah dan Kak Peah kan? Baiklah, sebenarnya kami telah mengambil keputusan untuk memilih aktiviti berasaskan cahaya dan bayang-bayang. Cuba kawan-kawan fikirkan bagaimana bayang-bayang terbentuk?







Ha, sebenarnya bayang boleh terbentuk apabila cahaya dihalang oleh satu objek legap. Dari situ nanti akan wujudlah fenomena bayang-bayang. Contoh yang sesuai adalah apabila bermain wayang kulit.





Aisyah dan Kak Peah akan mengemaskini serta menambahbaik lagi rancangan pengajaran, di mana pastinya ia akan menyeronokkan kanak-kanak. ;D


Kami akan membentangkan rancangan pengajaran ini beserta laporan lengkap yang diminta oleh Puan Kay pada tarikh yang telah ditetapkan oleh beliau.


Berbalik kepada kaedah lawatan sambil belajar ini, pada pendapat Aisyah sebagai seorang individu yang bakal bergelar guru dan juga "masih" merupakan seorang pelajar, Aisyah rasakan kaedah ini adalah satu cara yang menarik dan sangat menggembirakan terutamanya bagi kanak-kanak. Mengapa Aisyah katakan begitu? Ini justeru kerana kanak-kanak akan berasa teruja apabila diberi peluang untuk meneroka di luar kawasan yang tidak pernah dijejakinya. Mereka akan terangsang untuk mempelajari benda-benda baru selain mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka, yang mana telah dipelajari oleh mereka sebelum ini di dalam bilik darjah.


Kaedah lawatan ini juga dapat mengembangkan lagi proses sosialisasi kanak-kanak dengan dunia luar. Mereka akan lebih bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran dunia luar dan tidak hanya tertumpu pada keluarga, guru, dan juga rakan-rakan. 


Di samping itu, kaedah lawatan dan pembelajaran sains ini dapat membuka minda kanak-kanak, membuatkan mereka mengagumi setiap ciptaan Tuhan di muka bumi ini serta melatih mereka daripada awal untuk berfikir dengan lebih mendalam, mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dan tidak hanya bergantung kepada orang dewasa. Kanak-kanak ini juga sudah tersedia dari awal untuk menjaga, memelihara serta melindungi alam sekitar daripada terus mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat daripada tangan-tangan manusia itu sendiri.



 (".*)



Monday 17 October 2011

Menerokai Dunia Si Katak

Aisyah telah membuat beberapa keping flashcard ataupun disebut sebagai kad imbasan, dalam Bahasa Melayu, berkenaan dengan seekor amphibia yang dikenali sebagai katak.

Ya, apa yang ada dalam fikiran kawan-kawan sekarang? Oh, kawan-kawan tertanya-tanya apa itu amphibia ya?


Buat pengetahuan kawan-kawan semua, amphibia adalah satu spesies ataupun kumpulan haiwan yang boleh tinggal dalam dua alam iaitu di darat dan air. Ia adalah sejenis haiwan yang berdarah sejuk, yang bermaksud suhu badannya sama dengan suhu persekitaran. Contohnya adalah seperti buaya dan juga katak.

Kawan-kawan tahu, kitaran hidup katak sebenarnya bermula daripada sebutir telur. Katak betina dewasa akan bertelur di dalam air ataupun kawasan yang berair. Telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak dewasa bertelur sebanyak berpuluh-puluh malahan mencecah sehingga beratus-ratus biji telur. Ini adalah salah satu cara untuk katak memastikan kemandirian hidup spesisnya. 

Telur katak dilindungi serta dikelilingi dengan struktur dinding lutsinar seperti agar-agar dan agak licin. Katak betina dewasa tidak akan menjaga telur-telurnya selepas ia bertelur. Telur-telur itu akan berkembang tetapi hanya sedikit sahaja yang akan berjaya menetas menjadi katak dewasa. Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan, dan serangga  akan memakan sebahagian telur tersebut

Setelah beberapa waktu, telur tersebut kemudiannya akan menetas dan menjadi seekor berudu. Iya, berudu! Berudu ini hidup di dalam air, bernafas melalui insang dan mempunyai ekor yang panjang. Ia makan tumbuhan yang dipanggil alga.

Selepas beberapa minggu, berudu mula berubah. Kaki belakangnya mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mulai mengecil. Paru-paru mula berkembang untuk membolehkan katak hidup di darat. Pada peringkat ini berudu akan mula berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuhan dan haiwan yang reput.

Lama-kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Kulitnya akan tertanggal. Mulutnya mula melebar dan rahangnya mula hilang. Ekornya semakin kecil dan kaki membesar. Paru-paru sudah semakin menjalankan fungsinya. Akhirnya, selepas beberapa ketika, ia telah berkembang menjadi seekor katak yang lengkap, di mana menggunakan paru-paru untuk bernafas, mempunyai kaki yang sempurna tanpa ekor. Ia mula keluar daripada air. Katak akan lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses kitaran hidup ini akan berulang kembali.

sedikit sumber diambil daripada http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/03/kitaran-hidup-katak-metamorfosis-katak.html


Di bawah ini disertakan video mengenai kitaran hidup seekor katak :



Beberapa keping flashcards yang telah Aisyah siapkan sendiri untuk tugasan kali ini adalah seperti berikut :

1. Question


1. Answer

2. Question

2. Answer

3. Question

3. Answer

4. Question

4. Answer

5. Question

5. Answer


Untuk menyediakan flashcards ini, seorang guru itu perlu menggunakan ayat yang ringkas, mudah difahami dan terus terarah kepada pokok persoalan dan jawapan sebenar tanpa perlu meleret-leret. Apabila flashcards ditunjukkan kepada murid, guru tidak perlu menunjukkan jawapannya. Cukup sekadar menunjukkan soalan agar murid dapat menggunakan mindanya secara kritis untuk mencari jawapan sebelum guru memberikan jawapan yang betul. Flashcards  juga perlulah menarik agar dapat mencuri tumpuan kanak-kanak, mempunyai tempat pemegang, dan dibuat daripada bahan yang tahan lama.



Monday 10 October 2011

Sains Di Sekeliling Kita

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Pagi

hai kawan-kawan..dah sedia untuk belajar? 
okay mari kita mulakan pelajaran hari ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim!



Kawan-kawan tahu apa itu sains? 

Menurut Isaac Asimov, sains adalah cara kita berfikir dan melihat dunia persekitaran kita. Sains ialah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap  kejadian dan tindak balas yang berlaku dalam persekitaran.

Hasil keputusan sesuatu eksperimen pula sentiasa berubah dan tidak hanya tertumpu kepada satu jawapan sahaja. Ini secara tidak langsung dapat melatih serta memberikan pengalaman baru kepada kanak-kanak untuk meneroka dan berfikir dengan lebih jauh dalam mencari pelbagai cara bagi mendapatkan jawapan sebenar kepada setiap persoalan mereka.

Bagi kanak-kanak, sains adalah sesuatu perkara yang dapat membuatkan mereka berasa hairan, takjub, keinginan untuk mengetahui serta menerokai sesuatu perkara yang tinggi. Sains adalah suatu proses yang melibatkan tindakan seperti memerhati, berfikir dan membuat perkaitan antara satu tindakan serta kesannya.

Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat menggalakkan kanak-kanak memperoleh pengetahuan fakta sains, merangsang minat ingin tahu, meramal, menerokai persekitaran mereka, dan menjalankan eksperimen-eksperimen mudah melalui kaedah cuba-cuba yang secara tidak langsung akan melibatkan mereka dalam proses berfikir di luar kotak yang kreatif selain mendapat maklumat yang lebih saintifik bersesuaian dengan umur, tahap perkembangan serta kemampuan kanak-kanak itu sendiri.


Pengenalan sains juga dapat membantu kanak-kanak mengenali dan memahami persekitarannya. Mereka secara semulajadi mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Oleh itu, mereka perlu diberi peluang, masa dan galakan bagi memenuhi keperluan mindanya. Setiap apa yang mereka sentuh atau lihat akan menimbulkan beberapa persoalan di minda mereka seperti "apa ini? kenapa ia berbunyi begini? bagaimana ia bergerak? 







Pada peringkat awal pengajaran sains, guru boleh menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara : 

  1. Menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai
  2. Menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba-cuba, menanya soalan dan menyelesaikan masalah
  3. Mendapat pembelajaran melalui pengalaman
  4. Mengubahsuai dan membuat perkaitan antara sesuatu dengan sebab musabab
  5. Membuat rumusan saintifik daripada pengalaman
  6. Mengaitkan pengalaman sebenar dengan konsep seperti 'memasak air sehingga cerek berbunyi' dikaitkan dengan konsep 'air mendidih'.





Kenapa sains perlu diajarkan kepada kanak-kanak pada peringkat awal?

  • Pada peringkat umur awal 4-6 tahun, kanak-kanak memiliki keinginan yang tinggi untuk mengetahui setiap perkara yang berlaku di persekitarannya. Mereka juga mudah menyerap apa sahaja yang diajarkan kepada mereka kerana minda kanak-kanak itu yang masih bersih.
  • Kanak-kanak dapat dibantu untuk memahami persekitarannya dan memudahkan mereka untuk membuat perkaitan antara dunia persekitaran dengan dirinya.
  • Memupuk minat kanak-kanak dalam bidang sains dengan memberi mereka peluang juga galakan untuk bermain sambil membuat eksperimen-eksperimen mudah dan menyeronokkan kanak-kanak.
  • Kanak-kanak perlu dipupuk dengan semangat mencintai, menghargai, dan memelihara bumi dan alam sekitar mereka agar bumi ini sentiasa bersih untuk dinikmati oleh generasi selepas mereka. 
  • Dapat memenuhi sifat ingin tahu kanak-kanak serta membantu mereka mengenal dan mensyukuri kebesaran Allah yang dinikmati oleh mereka.
  • Meningkatkan kemahiran sensori, fizikal, emosi, intelektual, kerohanian dan sosial kanak-kanak.
  • Meningkatkan penggunaan bahasa-bahasa sains seperti menyebut perkataan bakteria, atmosfera, cakerawala dan sebagainya lagi.

Sains di sekeliling kita


Kanak-kanak perlu difahamkan bahawa mereka mula mengenali dunia melalui deria yang ada pada mereka. Mereka melihat, merasa, mendengar, menghidu, menyentuh, memegang, mengetuk, menolak dan sebagainya menerusi deria yang ada pada mereka. Tanpa deria yang sempurna, mereka tidak akan dapat melakukan proses sains dengan baik. Oleh itu, mereka akan dilatih secara tidak langsung untuk mensyukuri setiap kelebihan yang diberikan Tuhan kepada diri mereka.


Cuba kita lontarkan sejenak pandangan mata ke segenap alam tempat kita berada ketika ini. Apa yang dapat kita lihat? Apa pula yang dapat kita hidu dan rasa?

Daripada mana datangnya udara yang dapat membantu kita meneruskan nafas di muka bumi ini? Daripada mana datangnya matahari yang menebarkan cahayanya kepada seluruh makhluk di muka bumi? Daripada mana datangnya air yang dapat menghilangkan dahaga yang kita rasai?

Semua itu datangnya dari kebijaksanaan Allah s.w.t yang menciptakan langit dan bumi serta setiap apa yang ada di dalamnya. Manusia yang mencipta kipas, lampu, kereta yang bergerak, kapal terbang yang boleh terbang di udara dan sebagainya, dari mana datang kebijaksanaan mereka itu jika bukan dari Yang Maha Esa? Mereka melihat setiap apa yang Allah cipta di sekitar mereka.

Membuat pemerhatian, menjalankan analisis, bertemu kegagalan demi kegagalan sebelum menemui kejayaan adalah cara para ilmuan, dan juga saintis dalam meraih pengetahuan. Sains yang bergulir di sekitar kita ini adalah ilmu Allah. Sains sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian kita. Manusia hanya perlu menggunakan akal untuk berfikir tentang setiap sesuatu yang berada di bumi dan persekitaran mereka. Sains itu dinikmati oleh kita semua sejak berzaman dahulu tanpa kita sedari. Dan semakin lama teknologi sains semakin berkembang mengikut keperluan manusia dizamannya.





Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t sendiri menyuruh kita untuk berfikir tentang alam ini.

  • Perhatikanlah apa yang terdapat di langit dan di bumi (QS Yunus (10) : 101)

  • Apakah mereka tidak memerhatikan bagaimana unta diciptakan, bagaimana langit ditinggikan, bagaimana gunung ditancapkan, dan bagaimana bumi dihamparkan? (QS Al-Ghasyiyah (88) : 17-20)

  • Apakah mereka tidak memerhatikan bumi? Berapa banyak Kami tumbuhkan di bumi itu aneka ragam tumbuhan yang baik? (QS Al-Syu'ara' (26) : 7)

Berfikir mampu membuatkan kita takjub dengan kebesaran Allah yang tidak mampu kita langkaui. Di mana jika diteliti sains itu ada pada diri kita sendiri. Bagaimana DIA membentuk urat-urat darah kita yang jika dicantumkan boleh meliputi sebuah jalanraya sejauh 96,000 kilometer.

Cuba bayangkan kepada kanak-kanak apa yang akan terjadi kepada mereka sekiranya Allah menarik nikmat lidah walaupun hanya satu hari. Apa yang akan terjadi kepada diri mereka. Sedangkan lidah itu sangat penting dalam membantu manusia untuk bercakap, merasai manis, masam, masin ataupun pahit makanan dan minuman. Betapa hebatnya Allah yang mampu menciptakan pelbagai fungsi kepada sepotong lidah.

Bagaimana sel-sel di badan menghantar maklumat ke otak dengan kadar segera sekiranya kita terpegang sesuatu benda panas dan membuatkan kita memberi tindakan refleks dengan menjauhkan diri dari kepanasan itu. Jika maklumat itu tidak dapat disampaikan ke otak, dan jika otak pula tidak dapat memberi jawapan segera, pasti badan kita sudah melecur akibat dari haba panas tersebut.



Nota kaki : Sains itu sememangnya berada pada setiap apa yang kita lakukan dalam tiap detik kehidupan kita. Kita cuma perlu berfikir dengan lebih dalam untuk memahaminya. Didik kanak-kanak daripada kecil untuk mengenali sains yang dapat  membantu mereka mengagumi kebesaran Allah serta memelihara bumi mereka agar tidak terus tercemar.






Sekian sahaja untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi. (".*)

b.g